Insiden 'Bas Jelajah Merdeka' - Hishammuddin Persoal Perbuatan Khianat PKR.

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Insiden kali ketiga melibatkan Bas Kempen Jelajah Merdeka PKR disebabkan perbuatan khianat pimpinan Pari Pembangkang itu sendiri menyalahgunakan platform Program tersebut. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak kerajaan tidak perlu memberi sebarang jaminan keselamatan dari mana-mana pihak yang sanggup menghadapi dengan risiko tersebut berhadapan dengan maklum balas dari rakyat. "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri. Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak. Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan", katanya kepada pemberita hari ini. Kenyataan tersebut susulan daripada insiden ketiga melibatkan Bas Kempen Jelajah Merdeka PKR yang disimbah cat merah di Johor hari ini. Insiden yang sama pernah berlaku sebelum ini di Kota Bharu dan Tangkak.

Comments

Anonymous said…
kalau nak naik bas eksekutif, tengok-tengoklah dahulu pengangkutan apa yang marhaen tempatan gunakan.

kalaulah taraf kemudahan berkempen seumpama langit dan bumi jika dibandingkan dengan taraf kemewahan warga tempatan, tentulah akan timbul perasaan negatif.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana