Ingatan Dari Tunku Aziz:Melayu Jangan Terpedaya Dengan Politik DAP


KUALA LUMPUR, 21 Sept. - Orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam yang terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini.Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri."Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang. Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan Pas.

"Perbuatan Koo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian sebenar DAP. Mereka hanya berminat untuk mendapatkan undi orang Melayu bukan perjuangan Islam," katanya.Tunku Aziz turut berkata DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara justeru memberikan contoh kepada kekecohan yang berlaku dalam pemakaian songkok di DUN."Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka," katanya.Bekas Pengerusi DAP ini turut membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan DAP yang mempersoalkan umat Islam hanya membuang masa dan tenaga mengadakan protes terhadap filem 'Innocence of Muslims' yang secara jelas memperlekehkan Islam dan Rasulullah s.a.w."Perhimpunan Bersih yang memporak-perandakan negara kononnya untuk pilihanraya lebih bersih bagi itu elok dan perlu dilakukan buat mereka.

"Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk mengadakan demonstrasi haram di jalanraya termasuk sewaktu di malam ambang merdeka juga elok bagi mereka. Namun untuk umat Islam mengadakan bantahan terhadap mereka yang menghina Islam adalah buang masa? Sungguh biadab mereka ini," tegas Tunku Aziz.Beliau turut membidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lum Guan Eng yang masih membisu dan enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham."Saya tidak tahu dimanakah kelantangan mereka selama ini kini hanya diam membisu? Apakah ini menunjukkan pendirian sebenar DAP?"Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi lumrah dan amalan DAP untuk mempolitikkan semua perkara tetapi jangan sekali-kali cuba bermain dengan sentimen umat Islam."Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja," tekas Tunku Abdul Aziz.

Beliau bagaimanapun turut memperingatkan orang Melayu untuk melihat kenagkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan menggesa agar tidak terpengaruh dan menyokong sebuah parti yang memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana