Hudud : Nasharuddin Desak Guan Eng Minta Maaf...

KUALA LUMPUR 25 Sept - Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa hari ini mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menarik balik dan meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau sebelum ini untuk tidak menerima hudud atas semangat pakatan pembangkang.

Beliau berkata, kenyataan terbaru kepimpinan DAP itu bercanggah dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menekankan hudud adalah kewajipan dan
bukan keperluan.Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini.
"Pendirian Lim Guan Eng bercanggah dengan semangat persepakatan dan beliau perlu menarik balik dan minta maaf secepat mungkin. "Malah, ada di kalangan ahli DAP pernah menyuarakan ketidakselesaan terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana