Haron Din Mula Bersuara......Tidak Wajar Nasharudin Dipecat


KUALA LUMPUR, 7 Sept - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau nampak mengapa perlu Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini. Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.
"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti. "Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya. Berhubung dengan dakwaan ada sumber dalaman mengatakan golongan 'Anwarinas' akan cuba mempengaruhi Majlis Ulama Syura yang mahukan Nasharudin Mat Isa dipecat, Haron Din berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincang di dalam mestuarat tersebut pada Ahad ini 9 Sept 2012. "Kalaupun nak sampai kepada pemecatan, ia bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau pun tidak. "Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana