Haramkah Dailly Ketahap Giler Babi Main Ceduk Saja Laporan Tanpa Usul Periksa Terlebih Dahulu....Menjadi Kambing Hitam KLPOS...

Penjelasan Spekulasi Pelajar Enggan Bersalam dengan Isteri PM...Gambar KLPOS dijadikan Pihak Blogger pembangkang jadi mangsa keadaan.

Spekulasi yang turut dikemaskini menerusi Harakahdaily ini diharap telah terjawab dan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam memberi fokus kepada isu yang lebih releven dalam menyebarkan maklumat yang bersandarkan kepada fakta dan adil.

Isu gambar membabitkan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sekumpulan pelajar Tahfiz ketika mengunjungi Rumah Terbuka Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah mencetuskan kontroversi.

Ianya berikutan tindakan sebilangan blogger politik yang cenderung menyokong Pakatan Rakyat menggunakan gambar milik KLPOS sebagai serangan peribadi seterusnya memberi gambaran serta persepsi negatif terhadap beliau.

Sewajarnya fakta maklumat terperinci dan sahih dilakukan pihak blogger-blogger berkenaan kerana laporan tersebut dilihat tidak menceritakan keadaan sebenar.
Gambar di atas merupakan situasi sebenar yang berlaku pada Majlis tersebut. Pelajar-pelajar tahfiz yang turut serta hadir di Rumah Terbuka Menteri berkenaan bersalaman dengan Isteri Perdana Menteri sebagai tanda menghormati status beliau selaku isteri Pemimpin Negara.Oleh itu, adalah kurang tepat jika persepsi awal dikeluarkan dari mana-mana pihak tanpa sebarang rujukan dan fakta sebenar apatah lagi menggunakan sumber gambar dari pihak yang tidak berkaitan.
 
Lihat sini lebih lanjutnya.....http://klpos.com

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul