Haram undi wakil rakyat hina Rasullullah - Mufti Perak...Panasss Macam Mana PAS?

Mufti Negeri Perak secara terbuka mengingatkan umat lslam yang ingin mengundi atau menyokong pemimpin atau wakil-wakil rakyat supaya berhati-hati. Dalam konteks terdapat mereka yang menghina agama dan Rasullullah, beliau menegaskan bahawa umat lslam tidak boleh membiarkan Nabi Muhammad SAW ataupun agama Islam dihina.Bahkan kata Tan Sri Harussani Haji Zakaria haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya.Beliau ditanya oleh media mengenai tweet Pengerusi Dap negeri Ngeh Koo Ham yang telah mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari ini.

Umat Islam katanya, sebaliknya harus mengundi wakil rakyat yang boleh menolong mereka , yang boleh membangunkan dan menjaga keselamatan negara.``Kita mengundi wakil rakyat yang boleh menolong kita, yang boleh membangunkan negara kita, yang boleh memajukan dan menjaga keselamatan negara kita.``Kalau kita mengundi orang yang akan merosakkan negara kita yang akan hanya membuat permusuhan itu haram kita buat, maknanya kita mendedahkan diri kita kepada kebinasaan,’’ katanya.Mufti Perak seterusnya berkata orang Islam tidak boleh bersekongkol dengan orang yang memusuhi agama Islam.Katanya, tindakan yang dibuat oleh tokoh Dap itu itu sebagai satu tindakan yang tidak peka dengan perasaan orang Islam kerana dia bukan orang Islam.

``Cuba kalau agamanya kena sendiri yang kena, saya ingat lebih dari itu..dia akan mengamuk lebih teruk,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana