Gambar PERKASA - Malaysia lebih Bertamadun Bantah Filem Anti Islam.


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penganjuran beberapa siri bantahan terhadap filem Innocence of Muslims membuktikan penentangan rakyat Malaysia yang lebih bertamadun berbanding Negara-Negara Barat.

Presiden PERKASA Dato' Ibrahim Ali berkata, protes tersebut adalah yang tidak mengamalkan emosi melampau seperti beberapa Negara lain merupakan amaran keras yang turut disuarakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pimpinannya itu kepada penerbit filem berkenaan yang secara terang-terangan menghina Islam terutamanya junjungan besar Muhammad SAW.
"Kita tidak boleh buat dari itu hanya sekadar menyampaikan mesej bahawa kita marah. PERKASA sendiri (mengamalkan bantahan) tidak beremosi tetapi kita nak tunjukan bahawa kita bertamadun dan bertanggungjawab walupun kita tidak semaju Amerika Syarikat.

"Tetapi kita mahu bertindak secara istikomah, secara berkhemah dan bertanggungjawab", katanya kepada pemberita selepas Majlis Protes besar-besaran terhadap filem tersebut di Desa Tun Razak di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah, penganjuran protes yang turut disertai Jaringan Gerak Usaha Pasir Mas itu memberi isyarat jelas terhadap Amerika Syarikat (AS) penolakan satu usaha yang bertentangan dengan amalan budi pekerti perpaduan kaum di Negara ini.

"Saya percaya bukan umat Islam sahaja akan menentang (malah) tindakan sama akan diambil jika ada mana-mana pihak menghina Agama lain", jelasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana