Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”. “Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil. “Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today. Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat. “Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya. Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.
Comments
Kalau yang baru memohon warganegara pun disyaratkan boleh bertutur, sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu yang mudah....bukankah ini bermakna, setiap orang warganegara semestinya boleh menguasai Bahasa Melayu.
Kalau ada warganegara yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, atau anak-anak mereka tidak diajar bertutur Bahasa Melayu, ini juga ialah suatu PENGHINAAN terhadap Bahasa Melayu, bahasa rasmi negara....samalah juga dengan kesalahan tidak menghormati bendera Jalur Gemilang.
Aku kurang parti kementerian mana yang bertanggung-jawap terhadap perkara-perkara seperti ini....pemimpin-pemimpin politik kita pun satu hal...nak tunggu masalah timbul baru nak 'buka file'...