Cukup Hebat Dan Tahniah...Debat Isu Talam : MCA Akan Hantar Surat Undangan Kali Ke-2


KUALA LUMPUR, 13 Sept - "Saya akan ke tempat Menteri Besar (Ijok, Selangor) apabila saya ada masa. Saya akan serahkan surat untuk debat sekali lagi," kata Ketua Biro Professional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong. Chua berkata beliau tetap tidak akan berputus asa mempelawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berdebat serta memberitahu pihaknya akan menetapkan tarikh baru debat melalui menghantar surat undangan seterusnya. "Kami tetap mahu debat. Tiada siapa boleh wakili beliau dan tiada alasan untuk Khalid tidak mahu debat," katanya. Ketua Biro Professional Muda MCA turut menyindir ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua sebagai tidak layak untuk berdebat dengannya berdasarkan isu penstrukturan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) hanya diketahui oleh Menteri Besar Selangor. "Dari segi layak atau tidak, bukan ditentukan oleh Tony. Khalid bertanggungjawab sepenuhnya untuk seluruh Selangor, bukan Tony Pua," katanya. Sebelum itu, Abdul Khalid gagal untuk hadir berdebat dengan Chua dalam menjelaskan skandal Talam walaupun debat itu diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang terletak di Bandar Tun Razak, kawasan Parlimen yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor itu.

Abdul Khalid dilaporkan berada di Bangkok Thailand walaupun telah sedia maklum mengenai debat tersebut. Chua juga mendakwa kegagalan Abdul Khalid membuktikan Menteri Besar Selangor itu takut untuk berhadapan dan menjawab pembongkaran skandal Talam yang dilakukan oleh MCA, yang dibuat secara bersiri. Pihak penganjur debat telah menolak empat wakil yang dihantar Abdul Khalid; Setiausaha Politik Faekah Husin, ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua, ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Zulkefly Ahmad dan ahli Parlimen Selayang William Leong kerana tidak mempunyai kredibiliti untuk membuat sebarang keputusan memandangkan keempat-empat wakil itu tdak berada dalam kepimpinan Selangor. Chua turut mendakwa Abdul Khalid memandang remeh isu penyelewengan hutang Talam yang melibatkan RM1 bilion dengan menghantar wakil yang tidak berada dalam kepimpinan kerajaan negeri. "Abdul Khalid takut untuk tampil berdepan dengan fakta dan pembongkaran yang bakal kami lakukan. "Semua ini membuktikan Abdul Khalid hanya pandai bercakap namun takut untuk berdepan dengan rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana