Bantah Filem Hina Islam : Pemuda Umno, NGO Berhimpun Esok Di Kampung Baru

 KUALA LUMPUR 20 Sept - Pemuda UMNO akan berkumpul secara aman bagi membantah filem 'Innocence of Muslims' dan karikatur yang menghina Rasulullah di pekarangan Masjid Kampung Baru, esok.Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata perhimpunan ini akan melibatkan bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponan Barisan Nasional (BN).

"Lebih 5,000 orang dijangka akan hadir pada perhimpunan itu. Perhimpunan ini akan bermula selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tambah Khairy, perhimpunan aman itu jelas menggambarkan bahawa umat Islam bersama-sama rakyat pelbagai kaum di negara ini membantah sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.
Antara pertubuhan yang akan terlibat dalam perhimpunan ini ialah Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim.
Sementara itu, Khairy turut memberitahu bahawa pihaknya tidak akan bergabung dengan Pemuda Pas dalam himpunan aman esok atas faktor keselamatan.Keputusan diambil setelah perbincangan lebih mendalam dibuat bersama Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan terhadap kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok."Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung. Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya.

Pemuda Pas akan berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.Sebelum ini, Pemuda Umno dan Pemuda Pas menyatakan kesediaan untuk berhimpun esok untuk menyatakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW dan Islam."Bukan tidak mahu bergabung, tetapi kami cukup risau jika bergabung, penyokong kedua-dua parti akan bertindak di luar kawalan. Ini yang kami risaukan," tambah beliau.Beliau turut berkata, isu parti atau soal tidak puas hati juga tidak timbul kerana keputusan untuk tidak bergabung ini dibuat selepas perbincangan bersama.

"Himpunan diadakan bersama-sama dengan penyokong yang berlainan agama bagi menunjukkan protes dan tanda sokongan yang setiap agama perlu dihormati," katanya.

Comments

smd said…
pijak-pijak gambar Ngeh...jom bakar bendera DAP!!!

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana