Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”. “Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil. “Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today. Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat. “Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya. Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.
Comments
MELAYU HAMPIR SEMUA ISLAM
PAS TIDAK BOLEH MENGAMALKAN RUKUN ISLAM. TIDAK BOLEH MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, TIDAK BOLEH SEMBAHYANG LIMA WAKTU, TIDAK BOLEH BERPUASA, TIDAK BOLEH BERZAKAT DAN TIDAK BOLEH MENUNAIKAN HAJI. MANAKALA MELAYU ISLAMLAH YANG MENGUCAP, SEMBAHYANG LIMA WAKTU, BERPUASA, BERZAKAT DAN MENGERJAKAN HAJI. KALAULAH ORANG MELAYU YANG MENGERJAKAN RUKUN ISLAM TIDAK MASUK PAS DIANGGAP TIDAK ISLAM APA YANG TERJADI DENGAN MELAYU SINGAPURA YANG ISLAM, MELAYU DI BERUNAI YANG ISLAM ADAKAH MEREKA TIDAK ISLAM KERANA TIDAK DAPAT MASUK PAS KERANA DI SANA TIDAK ADA PARTI PAS. MAKA KITA BERASA AMAT KASIHAN KEPADA SEMUA YANG MENGERJAKAN RUKUN ISLAM TIDAK ISLAM KERANA MEREKA TIDAK ADA PARTI PAS.