ANWAR anggap dirinya 'mulia', umpama Sultan - Dr. Atory...ANWAR Memang Bahlol....


SHAH ALAM: Tindakan angkuh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengangkat tangan semasa pembacaan Rukun Negara pada sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam pada 30 Ogos lalu adalah berpunca daripada sikap Ketua Pembangkang itu yang menganggap dirinya paling mulia.
Malah, Pensyarah Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain mendakwa keengganan Anwar untuk berbuat demikian juga mungkin mahu menggantikan peranan pemerintah utama negeri itu yang tidak mendapat undangan.
Bahkan, ia juga menggambarkan beliau bukan seorang pemimpin yang patriotik sekali gus memberi contoh negatif kepada generasi muda.
"Sama ada dia (Anwar) tidak sengaja ke atau sengaja itu yang hendak kita tanya? Jadi saya beranggapan mungkin Anwar menganggap dirinya paling mulia pada malam itu, jadi dia berasa tak perlulah angkat tangan.
"Maknanya, di sini Anwar kalau dia tidak angkat tangan dia tidak hormatlah pada Rukun Negara yang ada. Dia tidak menghormati Rukun Negara dan dia anggap perkara itu tidak penting bagi dia, sepatutnya dia angkat tangan walaupun baginda Sultan tidak hadir malam itu. Dia perlu mengangkat tangan pada pihak raja sebenarnya.
"Ataupun dia hendak menggantikan peranan orang-orang besar seperti Sultan. Kalau Sultan hadir, Sultan tidak angkat tangan dan rakyat biasa sahaja yang akan angkat tangan. Sultan kan raja? Jadi nampak macam Anwar mungkin hendak berperanan macam Sultan pula," katanya ketika dihubungi AntaraPos sebentar tadi.
Atory berkata demikian bagi mengulas tindakan angkuh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengangkat tangan semasa pembacaan Rukun Negara pada sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam pada 30 Ogos lalu
Justeru, Atory menyifatkan Anwar tidak layak mentadbir kerajaan Pusat jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak kerana beliau sendiri tidak mampu menghormati Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan rakyat selama ini selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula menyifatkan tindakan Anwar itu adalah tidak wajar.
"Kalau begitu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) buat, pada saya tidak betullah," katanya.
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Comments

Kekuda said…
mungkin dia sakit sendi tulang tangan.... tak boleh angkat lama

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana