Ammar: Saya minta maaf, saya tak dibayar sesiapa

Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian."Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," "Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak."Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.

SUDAH MENJADI RESAM MANUSIA,
BILA SUDAH DITIMPA MUSIBAH BARULAH NAK INSAF,
BARULAH NAK INGAT TUHAN,
BARU RASA NAK MINTA MAAF,
ANDAIKATA TIADA TINDAKAN DIAMBIL,

ADAKAH AKAN TIMBUL RASA INSAF INI . . . ? ? ?
HATI RAKYAT MALAYSIA TELAH DI SAKITI, MAAF SAJA KE UBATNYA ?

Comments

Zaa said…
SUDAH MENJADI RESAM MANUSIA,
BILA SUDAH DITIMPA MUSIBAH BARULAH NAK INSAF,
BARULAH NAK INGAT TUHAN,
BARU RASA NAK MINTA MAAF,
ANDAIKATA TIADA TINDAKAN DIAMBIL,
ADAKAH AKAN TIMBUL RASA INSAF INI . . . ? ? ?
HATI RAKYAT MALAYSIA TELAH DI SAKITI, MAAF SAJA KE UBATNYA ?

Usahlah nak cari masalah lagi. Mana wujudnya perkataan insaf itu jikalau kita manusia tak buat salah ? Bila lagi manusia nak belajar kekerdilan diri jika bukan melalui musibah yang diterima ? Tuhan sendiri mengatur hidup kita, tiada siapa yang dapat lari dari dugaan Tuhan. Mungkin dugaan yang kita terima lain, dan ini pula dugaan yang diberi kepada saudara Ammar ni. Aku tak kata apa yang dia buat tu salah, aku sendiri jijik dengan perbuatan tersebut, tapi pernah tak kita fikir sejenak. Kita perfect sangat ke ? Hati siapa yang tidak pernah disakiti ? Yang membezakan kita dengan binatang hanyalah dengan keupayaan kita untuk rasionaliti kita. Dia sudah mintak maaf, dah-dah la tu. Kalau nak kenakan hukuman, itu kepada pihak berkuasa, tidak pernah kita ditanggungjawabkan untuk menghukum dia secara direct.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana