Alahaiii...PAS Berkokok Lagi....Cadang Laksana Hudud Di Negeri PAS

PETALING JAYA: PAS akan mencadangkan agar hukum hudud dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir mereka, kata Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib.Beliau berkata parti itu perlu mampu melaksanakan hukum hudud apabila diberi mandat untuk memerintah kerana ia adalah selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi."Kami berpegang dengan konsep sokongan majoriti dan pemerintahan majoriti yang termaktub dalam prinsip-prinsip demokrasi," katanya.Harun berkata beliau menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud tidak perlu ditangguhkan kerana ia adalah satu kewajipan agama dan bukannya pilihan.
Jawatankuasa teknikal Kelantan yang dibentuk untuk membincangkan pelaksanaan hudud di negeri itu akan mengadakan mesyuarat kedua tidak lama lagi."Kita akan membincangkan terma rujukan serta tindakan yang dicadangkan dan tindakan susulan," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.Mohd Amar berkata walaupun Kelantan telah meluluskan enakmen itu 19 tahun yang lalu, kerajaan negeri tidak mampu untuk melaksanakannya kerana bantahan daripada Kerajaan Persekutuan.

1 M tidak menghalang untuk melaksanakan hukum hudud pun di Malaysia tapi dengan PAS dan DAP masih memerlukan diantara satu sama lain.DAP adalah parti yang anti hukum hudud dengan sekeras kerasnya.Ahli PAS yang saja saja buat tak tahu ker ini semua?Pengerusi DAP Karpal Singh....membantah dengan lantang sekali.Apa Macam ni........

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana