Al-Fatihah, Mahadzir Mohd Khir Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir yang telah kembali kerahmatullah petang ini.Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.05 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung petang semalam.
Jenazah allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Seksyen 14, Petaling Jaya dan dijangka akan dikebumikan esok pagi.

Semasa hayatnya, allahyarham adalah seorang pendidik yang kemudian menjadi pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan.
Allahyarham yang dilahirkan di Kedah pada 16 Mei 1945 telah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani setelah memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada tahun 1999.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana