AJK PAS Pusat Serah Isu Nasharudin Kepada Majlis Syura


Mesyuarat Anggota Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS pada Ahad langsung tidak menyentuh isu berkenaan bekas timbalan presiden parti, Nasharudin Mat Isa.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan bahawa sebarang perbincangan mengenai perkara itu, jika ada, hanya akan dibuat Majlis Syura yang akan bermesyuarat malam ini (Ahad).
Beberapa pemimpin PAS lain ketika ditemui selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, turut menegaskan bahawa isu Nasharudin bukan perkara utama yang dibincangkan.Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tumpuan parti adalah strategi persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang meskipun tarikh sebenar pilihan raya masih menjadi teka-teki semua pihak.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Othman pula berkata AJK Pusat banyak berbincang mengenai beberapa konvensyen dan seminar yang bakal diadakan parti itu tidak lama lagi.
Isu kedudukan Nasharudin, termasuk kemungkinan beliau dipecat, semakin hangat mutakhir ini berikutan gesaan beliau yang juga Anggota Parlimen Bachok, agar PAS mempertimbang semula kerjasama dengan pakatan pembangkang yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir anggota parti. - BERNAMA

MANANYA BERANI DIBUANG UST NASHA NI 1 M YAKIN PAS TAK BERANI MEMBUANGNYA.PAS SUDAH TERJADI PAS DR HASAN ALI TAK NAK LAGI PISANG BERBUAH 2 KALI LAGI.....PERCAYA LAH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana