Tindak Tanduk Manoharan Adalah Lambang Sikap Sebenar DAP – Ezam

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Senator Ezam Mohd Nor berkata tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan yang jelas tidak menunjukkan sikap patriotik dan sayangkan negara adalah lambang sikap DAP yang sebenar sejak ditubuhkan pada tahun 1966 lagi.
Tegas beliau sikap tidak sayangkan negara yang ditunjukkan oleh Manoharan sudah dua kali berulang di mana sebelum ini menggesa agar Jalur Gemilang ditukar dan kini memperlekehkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
“Sikap tidak patriotik dan benci kepada negara adalah sikap DAP sejak ditubuhkan lagi dan paling ketara adalah ketika terjadinya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Sikap Manoharan sekarang sebenarnya tidak ada bezanya dengan citra dan sikap sebenar DAP.
“Justeru itu kenyataaan pemimpin DAP yang kononnya kecewa dan marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Manoharan adalah satu sandiwara politik. Sebab itulah setelah dua kali kenyataan seumpama itu masih tidak ada sebarang tindakan tegas diambil oleh DAP terhadap Manoharan. Hakikatnya DAP wujud atas dasar semangat yang sama iaitu membenci negara dan asas negara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Justeru tegas beliau sekiranya DAP benar-benar telus, seharusnya DAP menunjukkan sikap bersungguh dan adil dengan mengambil tindakan tegas terhadap Manoharan.
“Sebelum ini Manoharan digantung selama enam bulan kerana isu Jalur Gemilang namun akhirnya hanya digantung sebulan selepas rayuan.
“Kini dia buat hal lagi. Masih menunjukkan sikap tidak sayangkan negara dan cuba menyemai sikap perkauman. Adakah DAP mahu terus berdiam diri dengan pemimpin berfikiran cetek seperti ini… DAP harus bertegas dan mengambil tindakan terhadap DAP agar menjadi pengajaran kepada pemimpin pembangkang yang lain,” ujarnya lagi.
Oleh itu, Ezam menggesa agar DAP mengambil tindakan terhadap ADUN Kota Alam Shah itu dan sekaligus membuktikan bahawa DAP adalah sebuah parti yang telus dan tidak menyokong sikap pemimpin yang tidak betul walaupun di kalangan pemimpin mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana