Sultan Selangor Selalu Mengingati tidak berkenan institusi masjid dipolitikkan

1 M pelik lah dengan Kerajaan Selangor perihal Sultan Selangor selalu mengingati tidak sesekali Masjid dijadikan tempat berpolitik.Sultan Selangor selalu mengingati Hal Ini.....Adakah Khalid buat muka TEBAL dan Tutup Telinga....muka buat sardin jer apabila sultan memperkatakan hal menyentuh umat Islam kita hari ini.
SABAK BERNAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda tidak sekali-kali berkenan institusi masjid di
negeri ini dipolitikkan.

"Titah Beta ini meliputi semua parti politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang," baginda bertitah di majlis perasmian Masjid Kampung Binjai Jaya, Sungai Panjang di sini.

Baginda mahu kemudahan surau serta masjid tidak disia-siakan dan dipandang ringan umat Islam itu sendiri, sebaliknya surau dan masjid mesti dimanfaatkan sebagai suatu tempat menambah keimanan di samping membina kekuatan serta membentuk peribadi yang mendapat keredaan Allah.

"Masjid tempat yang paling baik kita bersatu padu," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah baginda tidak berkenan khutbah, pengajaran agama dan tazkirah yang diadakan di masjid atau surau di negeri ini diselitkan dengan ideologi parti politik, tuduh-menuduh dan caci-mencaci sesama Islam.

Perbuatan seperti itu boleh menimbulkan kebencian dan akhirnya membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang Islam terutama orang Melayu, titah baginda.

"Perpecahan ini akan merugikan orang Melayu sendiri kerana orang Melayu akan kehilangan kuasa dan akan terus mundur, ketinggalan serta hidup melarat di negeri sendiri. Jika perkara ini berlaku terhadap orang Melayu, menyesal kemudian tiada gunanya," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah orang Melayu jangan terlalu suka mengikut perasaan dan iri hati antara satu dengan lain sehingga boleh menghancurkan bangsa sendiri.

FIKIR FIKIRKAN MASA DEPAN ORANG MELAYU DI MASA AKAN DATANG.....INI INGATAN UNTUK ANAK ANAK KITA DI MASA DEPANNYA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana