Strategi Pembangkang Memakan Diri....Ghairah Sangatlah Tu

Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya. Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya. Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah ‘demi rakyat’.
Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri. Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku. Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya? Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang. Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan. Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent. Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida proek tersebut. Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut. Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri. Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana