Puasa 20 jam Di Bulan Ramadan Di Negara 4 Musim....

BAGI penduduk di garisan Khatulistiwa seperti Malaysia kehadiran Ramadan tidak pernah menjadi 'kebimbangan', tidak kira pada musim apa bulan suci itu muncul sepanjang tahun.
Namun bagi penduduk di negara yang mempunyai empat musim, kehadiran Ramadan pada musim panas iaitu dari bulan Jun hingga Ogos setiap tahun menimbulkan sedikit kebimbangan kerana pada ketika itu tempoh siangnya akan lebih panjang berbanding malam.Sebagai contoh, siang pada musim panas di negara Scandinavia seperti Sweden, Denmark dan Norway berlarutan hampir 20 jam.Ini bermakna pada Ramadan tahun ini umat Islam di negara berkenaan akan berpuasa selama 20 jam selari dengan tuntutan ibadah itu untuk menahan lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana