Peter Chin, menteri pertama sahkan tidak bertanding PRU13.....

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang selama ini membisu mengenai karier politiknya, malam tadi memberitahu tidak akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13.Chin yang juga Anggota Parlimen Miri sejak 1990 berkata Setiausaha Penerangan dan Publisiti parti Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah dicadang bertanding di Miri.

"Saya sudah berkhidmat banyak penggal dan ini adalah penggal terakhir saya," katanya kepada pemberita selepas hadir majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di Miri.

Beliau berkata keputusannya untuk tidak bertanding itu bagi membuka jalan kepada pemimpin muda mengambil peranan sebagai pemimpin dalam usaha mentransformasikan SUPP, selain menangkis dakwaaan bahawa parti itu hanya untuk 'warga emas'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana