Permohonan Himpunan Hijau Raub Kena Tolak....Padan Muka

KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Raub (MDR) didakwa menolak permohonan sebuah kumpulan untuk mengadakan Himpunan Hijau Raub (HHR) di Dataran Raub pada 2 September ini.
Ahli Jawatankuasa HHR melalui satu kenyataan media memberitahu, perkara itu diketahui pihaknya melalui sepucuk surat daripada MDR pada 17 Ogos lalu.“HHR terlebih dahulu menghantar surat kepada MDR pada 13 Ogos lalu memaklumkan HHR mahu mengadakan perhimpunan aman di Dataran Raub pada 2 September 2012.“Tetapi MDR memaklumkan permohonan HHR untuk menggunakan Dataran Raub ditolak dengan alasan dataran itu akan digunakan untuk majlis lain pada tarikh tersebut,” dakwa kenyataan itu.Dakwa kenyataan itu, MDR menolak permohonan HHR tanpa sebab yang munasabah kerana Ahli Jawatankuasa HHR telah membuat pemeriksaan tarikh tersebut terlebih dahulu.Sehubungan itu, kata kenyataan tersebut, HHR berharap MDR akan memberi perhatian berhubung perkara tersebut demi kepentingan awam dan hak orang ramai untuk berhimpun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana