Pemimpin DAP Didesak Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 OGOS - Ahli Dewan Undangan Negeri DAP M. Manoharan yang pernah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia ekoran kenyataan mahu menukar bendera Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia tahun lalu, sekali lagi bertindak membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia ekoran komen di laman twitternya semalam.

Adun DAP Kota Alam Shah itu dilihat cuba mempolitikan kegagalan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meraih pingat emas dalam acara akhir badminton Olimpik London yang berlangsung semalam menerusi beberapa kenyataan yang ditulis melalui laman twitternya.


Beberapa penulis blog turut meluahkan kekesalan di atas kenyataan Manoharan yang dilihat menghina jaguh badminton negara dan menganggap kenyataan yang ditulis oleh Manoharan adalah kenyataan yang terlalu bodoh, selain itu mereka turut mendesak pemimpin DAP itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Chong Wei yang mempamerkan persembahan terbaik dan memberikan saingan sengit kepada musuh tradisinya Lin Dan dalam aksi akhir badminton perseorangan Olimpik London 2012 semalam tewas dalam perlawanan tiga set (21-15),(10-21) dan (19-21) yang berlangsung semalam di Wembley Arena, London berjaya membawa pulang pingat perak buat negara.

Manoharan sebelum ini turut pernah membangkitkan kemarahan umat Islam ekoran tindakannya mempersenda doa ke tandas yang diamalkan oleh umat Islam melalui laman facebooknya tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana