PBS kekal setia kepada BN....Inilah Dikatakan Perjuangan Sejati Susah Senang Tetap Bersama BN

PUTRAJAYA 16 Ogos - Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal setia dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak akan meninggalkan parti induk itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti yang pernah berlaku pada 1990.Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, semasa menyertai semula BN pada 2002, partinya telah membuat komitmen untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah melalui BN."Semasa menyertai semula BN, kita telah membuat penilaian dan mendapati apa yang terbaik adalah bekerjasama dengan BN untuk membangunkan Sabah."Pada masa itu kita berjanji pisang tidak akan berbuah dua kali, jadi tidak perlu risau kerana PBS tidak akan meninggalkan BN buat kali kedua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.PBS pernah keluar daripada BN pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya negeri 1990 tetapi menyertai semula BN pada 2002.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana