PAS Tinggalkan Negara Islam Demi DAP

Hudud dan Negara Islam telah ditinggalkan oleh PAS yang selama ini diperjuangkannya. Namun sikap mengalah dan tunduk kepada desakan DAP jelas kelihatan apabila menukar slogan atau konsep yang diperjuangkan oleh PAS.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Samsul Adabi Mahat berkata sifat mengalah dalam dua parti komponen Pakatan Rakyat itu amat jelas. Beliau menegaskan adakah pemimpin PAS sedar atau buat-buat tidak sedar kumpulan majoriti senyap yang menentukan nasib perjuangan parti mereka.

Isu Hudud yang diperjuangkan oleh PAS selama ini agak tenggelam dan akhir-akhir ini timbul semula isu hudud apabila dekat dengan Pilihan raya. Walaupun jelas dibangkang oleh DAP pelaksanaan hudud di negara ini, namun PAS cuba mengaburi mata penyokongnya seolah-olah bersikap tegas mahu laksanakan hudud walaupun hakikatnya hanya khayalan semata-mata. keras terhadap DAP mahu laksanakan hudud walaupun hakikatnya tidak mampu melaksanakan.Hakikatnya PAS tidak mampu berkeras atau melawan tekanan daripada DAP dan PKR dan PAS hanya mampu mengikut telunjuk mereka sahaja. Ini jelas kelihatan. Kenyataan akhbar yang dibuat hanya mahu mengambil hati pengikutnya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Isu hudud tiada jalan penyelesaian dan kesemua ahlinya terpaksa memendam rasa sahaja dan hanya berserah kepada takdir. Konsep negara Islam juga ditentang oleh DAP dan ini juga tidak dapat diselesaikan oleh mereka. Nampaknya PAS terus mengalah dan membiarkan parti itu semakin dicemari dan dirosakkan oleh parti lain yang rakus mendapatkan kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana