PAS tetap mahu bertanding di 80 kerusi parlimen.....

GOMBAK: PAS meletakkan sasaran bertanding 80 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sejajar dengah hasratnya mahu mencapai kemenangan jauh lebih besar berbanding pilihan raya umum empat tahun lalu. Bagaimanapun sasaran itu belum dimuktamadkan kerana perbincangan agihan kerusi dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) masih belum selesai termasuk di Sabah dan Sarawak, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata agihan kerusi antara PAS-PKR-DAP dijangka akan selesai dalam tempoh terdekat. “Kalau kita tengok perbincangan tentang kerusi (Parlimen) masih belum selesai,

ada beberapa kerusi lagi yang belum selesai dan kita jangka dalam masa terdekat akan selesai. "Daripada apa yang kita bincang, PAS akan dapat pertambahan kerusi dan insya-Allah hasrat kita supaya kita letakkan maksimum 80 kerusi. Kita jangka akan dapat lebih (kerusi) dari pilihan raya umum dulu terutamanya di Sabah dan Sarawak," kata beliau dalam wacana khas bersama Antarapos, baru-baru ini. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan menang 23 kerusi serta meraih 83 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 232 yang disaingi. Kemenangan itu lebih kecil berbanding 28 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh DAP dan 31 oleh PKR. Tuan Ibrahim berkata agihan kerusi Pakatan sudah berada di peringkat akhir termasuk di Sabah dan Sarawak. "Hingga setakat ini hasrat kita kalau dulu menang 23 kerusi, kali ini PAS akan letak angka yang besar," katanya. Khuatir hilang tumpuan Sementara itu dalam perkembangan sama,

Exco PAS Selangor Dr Yunus Hairi khuatir parti itu tidak dapat memberi tumpuan jika mensasarkan terlalu banyak kerusi pada pilihan raya umum nanti. Menurutnya, hasrat meningkatkan jumlah kerusi itu mungkin akan merugikan PAS jika tiada tolak ansur antara ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan. "Dari sudut kemenangan, tentunya bergantung kepada sesuatu kerusi. "Akan rugi jika mensasarkan kawasan itu ada kemenangan dari sudut kepartian tertentu tetapi apabila tidak ada satu tolak ansur, saya khuatir akan rugi tentunya," katanya ketika dihubungi. Bagaimanapun beliau berkata, memandangkan keputusan itu belum muktamad, PAS serta ahli Pakatan lain perlu bekerjasama dalam menentukan pencalonan kerusi bagi mencapai kemenangan. "Pakatan Rakyat perlu bekerjasama untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya. Kebijaksanaan ahli di peringkat tertinggi, membuat keputusan sebaik mungkin." Tambahnya, beliau yakin PAS bersama-sama ahli Pakatan iaitu DAP dan PKR akan berjaya menawan Putrajaya lebih-lebih lagi setelah melihat perubahan gelombang di Sabah baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana