PAS tetap akan berkasih sayang dengan Karpal…Nasharudin kena mengadap Majlis Syura

Politik PAS memutuskan untuk terus berkasih sayang dengan Karpal Singh sekalipun Pengerusi DAP Kebangsaan itu boleh sesedap rasa menolak dan memperlekehkan ‘bahang dagangan politiknya’ hendak melaksanakan hukum Hudud dan Negara Islam di negara ini jika menguasai Putrajaya.
Sebaliknya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menggesa PAS agar keluar pakatan pembangkang kerana pendirian terbuka DAP menentang hajatnya itu akan menghadapi penghakiman oleh Majlis Syura parti itu.Lawak dan lucunya di sini ialah Nasharudin yang bercsakap tentang realiti dan kebenaran dipinggirkan manakala DAP tetap disanjung.

Demi politik dan gila hendak ke Putrajaya sikap PAS yang menjadi bahan tertawa ini tidaklah mengejutkan.Haji Hadi berkata PAS akan tetap berjuang bersama pakatan pembangkang kerana perjuangan agenda perjuangan parti lebih besar berbanding dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasharudin.

Agenda besarnya tentulah Putrajaya.
Lepas itu barulah ‘perang besar’ dengan DAP ….tak gitu Tuan Guru?

Atau mungkin waktu itu sudah selesa dibuai kerusi empuk...dah terlupa langsung bab Hudud dan Negara Islam.
Sekarang biar bising lebih sikit.
DAP hentam PAS untuk kejar undi bukan Melayu...PAS terus dengan sandiwaranya untuk buru undi orang Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana