Pas puji sikap terbuka DAP...Inilah BODOHNYA Melayu PAS Saja Saja Buat Faham

SHAH ALAM – Pas memuji sikap keterbukaan DAP dalam menjawab isu hudud dan mengambil langkah positif untuk bermuzakarah bersama. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas mengalu-alukan sesi dialog bersama DAP dalam membincangkan isu hudud. “Kesediaan DAP untuk berbincang membuka lembaran baru dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana sudi membuka ruang untuk isu ini. “Berbeza dengan MCA, mereka secara terang membantah hudud dilaksanakan di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, bersedia muzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih mendalam kepada ahli DAP tentang Islam, terutamanya hukum hudud. Mujahid berkata, ia merupakan satu peluang baik kepada Pas kerana sikap terbuka DAP mencerminkan tahap penerimaan mereka khususnya hudud, semakin positif. “Melalui perbincangan ini, DAP tidak semestinya perlu menerima hudud, tetapi menghalusi perkara itu dari semasa ke semasa.,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah berbincang mengenai perkara tersebut secara tidak langsung dan tiada masalah yang timbul berkaitan hukum itu. “Sejak dari dulu lagi DAP tidak bersetuju dengan hudud, tetapi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerimanya. “ Pada masa yang sama, saya akan bertemu dengan Zairil Khir berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Comments

Anonymous said…
yang terbuka itu si Zairil atau siDap? apakah ini saja sudah cukup untuk mokmeen buat kesimpulan tentang sikap ultrakiasu terhadap teokrasi? alahai mokmeen

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana