PAS Oh PAS...Nasharudin didakwa gila pangkat

Siapa yang tidak tahu tentang kontroversi antara DAP dengan PAS tentang isu hudud.Ia bukan sahaja sudah menjadi rahsia terbuka malah satu dunia sudah tahu.Bagaimanapun bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menuntut pendirian tegas partinya terhadap DAP,kalangan pemimpin PAS sendiri menghalakan senapang kearahnya minta diam.Demokrasi ala-PAS memang melucukan.Karpal Singh yang mengaum kata langkah mayat beliau jika PAS nak laksana huduh dan negara Islam tentu tersenyum keriangan mendengar ini semua.Ekoran dari ini semua maka Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pun muncul menerusi sidang akhbar Khamis membuat dakwaan seolah Nashrudin mudah dibeli.

Sepertri juga masa isu Datuk Dr Hasan Ali dulu,beliau kini senang-senang menuduh bekas Timbalan Presiden PAS itu buat bising pasal sikap DAP khususnya Karpal Singh kerana gilakan jawatan dan pangkat yang mungkin diraih menerusi UMNO.Itu sahaja nampak modalnya.Dakwa Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor itu sikap Nasharudin kebelakangan ini kerana beliau kecewa gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang dimenang oleh Mat Sabu.Bagi saya, Nasharudin memang kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dengan Umno dan seperti Hasan Ali , dia telah hilang peluang untuk memegang jawatan yang lagi besar kerana kalau PAS bersama dengan BN mungkin dapat jawatan diperingkat pusat.

"Itulah yang dia lihat terlepas. Pada masa yang sama dia kecewa bila kalah dalam pemilihan timbalan presiden hingga menyebabkan dia tidak seperti dahulu," katanya.Dakwanya lagi Nasharudin sengaja mencetuskan kontroversi demi mengejar populariti politik menjelang Pilihan Raya Umum akan datang."Sekarang nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno malah di Parlimen pun. Ia merupakan kenyataan yang diduga dan mungkin menunggu masa untuk memaksimumkan impak terhadap PAS dan Pakatan Rakyat agar dia lebih lantang dan ke depan dalam pilihan raya," katanya.
Khalid menegaskan pendirian PAS berhubung isu hudud tidak pernah berubah walaupun menyedari sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP menolak perlaksanaannya.Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan mahu Nasharudin berbincang secara dalaman dengan parti jika beliau ingin menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu perkara.

Seperti juga Khalid ,beliau juga tidak mahu Nasharudin bersikap seperti Dr Hasan Ali.
Beliau bimbang isu ini diambil kesempatan oleh musuh parti.Kata Nasrudin tiada sesiapa gembira dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana