PAS halakan senapang kearah Nasharudin Mat Isa...

Kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa memang ada lojiknya. Namun kalangan pimpinan PAS yang terlalu mengidam sangat hendak ke Putrajaya sudah kelabu mata dan pekak telinga.Makanya semua tunjuk taring naik angin terhadapnya.

Soalnya salahkah Ahli Parlimen Bachok itu mencadangkan PAS keluar dari pakatan pembangkang jika DAP terus mengkritik hukum Hudud? Inilah kenyataan yang dibuatnya menerusi berita TV3 Selasa malam ekoran kontroversi PAS-DAP mengenai isu Hudud. Dilihat dari semua sudut...itulah jalan terbaik PAS patut ambil. Namum PAS cukup sedar jika ia berbuat demikian mimpi politiknya hendak ke Putrajaya akan terus berkubur. Ini kerana tanpa sokongan pengundi Cina dari DAP maka PAS tidak akan kemana.

Atas sebab itu soal pendirian tolak sebelah dan siapa saja yang cakap hentam 'rakan kongsinya' itu sekalipun lojik mana sekalipun akan digasak habis-habisan untuk ambil hati dan belai DAP. Setiausaha Pemuda PAS Kelantan Mohd Nuri Mat Yacob terus mengeluarkan kenyataan mendesak Nasharudin lepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bachok. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga nak tunjuk garang. Beliau menyindir Nasharuddin supaya menyuarakan pandangan itu kepada Majlis Syura PAS.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tumpang semangkuk menghalakan senapang kearah Nasharudin .
Ini gara-gara Selasa gambar bekas Timbalan Presiden PAS itu bersama Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi Selasa.
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya pada wartawan di Kota Bharu Rabu.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana