Pas Berada Di Persimpangan Maruah Dan Kuasa?

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pas hari ini dilihat berada di persimpangan jalan antara maruah atau kuasa dalam senario politik negara terutama hubungannya bersama dengan parti pembangkang lain iatu DAP dan PKR.
Dalam situasi DAP yang konsisten terang-terangan menolak Hudud dan Negara Islam, Pas pula dilihat berhempas pulas untuk memastikan kedudukan mereka terus berada dalam pakatan.Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kerja,Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, memang perkara itu tidak boleh dinafikan yang mana memperlihatkan Pas benar-benar berada di antara dua persimpangan berkenaan.Malah yang menjadi persoalan kepada umum hari ini ialah kegagalan DAP untuk menerima perkara berkenaan yang dilihat cukup konsisten dengan prinisp mereka dan kontradiksi dengan apa yang diperjuangkan Pas.“Apa yang Pas buat..? Apa yang Pas dakwah..? Apa yang Pas jelaskan… ? Apakah kerana gagalnya penjelasan mereka atau terdapat faktor lain yang menyebabkan Karpal Singh dan pemimpin DAP yang lain tidak menerima dengan baik.
“Itu saya tidak mahu ulas dengan lebih lanjut… Setelah sekian lama Pas perjuangkan dan setelah timbulnya Negara Berkebajikan menyebabkan kesangsian dan bermacam-macam soalan berlegar di fikiran masayarakat. Saya nampak orang ramai akan tertanya apakah prinsip utama Pas hari ini…. Setelah melihat perkembangan yang berlaku Pas akan dipersoalkan antara maruah parti dan kuasa, apa yang menjadi pertimbangan mereka?
Pada masa yang sama Ustaz Fathul turut berkongsi pandangannnya berhubung penggunaan dalil-dalil Al-quran dan sebagainya dalam menjayakan hubungan mereka (tahaluf siyasi) dengan masayarakat bukan Islam.“Hari ini kita nampak Pas yang dulunya cukup kental dalam soal ini telah berubah….Hari ini mereka banyak gunakan dalil-dalil daripada Al-quran dan sebagainya berhubung konsep ‘Tahaluf Siyasi’ dengan DAP.“Namun kepada semualah…. Jangan lupa dalam Al-quran juga bukankah menceritakan bagaimana pentingnya bersatu padu sesama umat Islam. Tetapi ini saya tidak nampaklah pula diutamakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana