Olimpik ubah nasib Pandelela...

Pandelela dapat ganjaran RM300,000....akan mengubah nasib keluarganya.
PUTRAJAYA - Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong yang menerima ganjaran RM300,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, mula membayangkan masa depan cerah untuk dirinya dan keluarga.
Tidak seperti kelaziman di kalangan anak muda seusia Pandelela yang masih perlu ditanggung oleh orang tua, ratu terjun negara berketurunan Bidayuh itu sudah selangkah ke depan apabila mampu berdikari.Malah kejayaan anak kedua daripada empat beradik pada Sukan Olimpik 2012 membawa sinar harapan ke dalam kehidupan keluarganya yang bukan berasal daripada golongan berada.
Selama ini bapanya, Pamg Joheng, selaku ketua keluarga bertanggungjawab mencari nafkah dengan bekerja sebagai seorang buruh upahan harian.

Menurut Pandelela, ganjaran yang diterimanya daripada pelbagai pihak berikutan kecemerlangannya pada Sukan Olimpik membawa impak positif kepada kedudukan kewangan keluarganya.
Katanya, beberapa rancangan diusahakan dengan wang yang ada."Ibu-bapa saya tak perlu lagi risau tentang kehidupan seharian selepas ini. Ganjaran ini meringankan beban mereka.
"Mereka juga tidak perlu sakit kepala memikirkan pembiayaan kos pengajian saya selepas ini, segalanya sudah diuruskan," kata Pandelela ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Pandelela juga sedia merealisasikan impian bapanya untuk menjadi pengusaha restoran makan dengan membiarkan sebahagian ganjaran digunakan oleh Pamg sebagai modal perniagaan."Ia bukan restoran besar, hanya kecil-kecilan macam kedai mamak.

"Inilah satu cara untuk terus menambah sumber pendapatan keluarga untuk jangka panjang, kerana ibu dan ayah tidak mahu bergantung hanya kepada saya," katanya.Pandelela bagaimanapun berkata buat masa ini dia belum memutuskan mengenai bidang pengajiannya kerana fikirannya masih lagi tertumpu kepada terjun."Saya tidak suka Matematik Tambahan, jadi kalau boleh saya akan mengambil jurusan yang tidak belajar subjek itu," katanya.Mengenai pertemuan selama 15 minit dengan Perdana Menteri semalam katanya: "Saya sangat teruja berjumpa PM, tetapi mak dan ayah yang kali pertama lagilah... tersenyum lebar bagaikan (patung) McDonalds!".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana