NGO harap kerajaan PAS Kelantan henti politikkan isu petroleum


KOTA BAHARU: Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (TUKAR), Profesional Kelantan (KelPro), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) dan Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) berharap agar kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS, berhenti daripada mempolitikkan isu berkaitan bayaran tunai hasil petroleum di Kelantan.

Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung persetujuan kerajaan pusat untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung pembayaran bahan mentah tersebut kepada negeri-negeri di pantai timur.
Wakil NGO tersebut, Kamarudin Kassim berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pusat sentiasa prihatin dengan kehendak dan luahan rakyat, terutama di negeri ini."Kerajaan PAS Kelantan sepatutnya mengambil iktibar daripada tindakan bertanggungjawab kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan selepas ini kerajaan negeri pimpinan PAS juga diharap lebih prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kelantan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menyokong keputusan kerajaan Persekutuan berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Dalam satu kenyataan berhubung perkara itu, Najib berkata, Jawatankuasa Khas tersebut akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana