Nasib yang sama mungkin berlaku kepada Nasha, kata Hasan Ali


SHAH ALAM: Datuk Dr Hasan Ali percaya bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan dikenakan tindakan tegas termasuk kemungkinan dipecat keanggotaan parti kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan keputusan pucuk pimpinan.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia ini berharap nasib Nasharudin lebih baik daripada dirinya yang dipecat keanggotaan parti pada Januari lalu.

Hasan menambah PAS perlu mengikut proses disiplin parti sekiranya mahu mengambil tindakan ke atas ahlinya, sambil meletakkan harapan Nasharudin akan menerima 'layanan' yang lebih baik.

"Ini persoalan dalaman parti dan terserah kepada kepimpinan tertinggi parti untuk ambil tindakan ke atas ahli yang dianggap melanggar disiplin parti.

"Apa yang saya harapkan ustaz Nasharudin mendapat layanan yang lebih baik daripada saya... saya dulu tak diberikan pertuduhan, tak diberi peluang bela diri, saya tidak dibicarakan yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana pertubuhan termasuk parti politik," katanya kepada AntaraPos.

PAS dijangka membincangkan isu kenyataan Nasharudin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (Pakatan) jika DAP menentang hukum hudud.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu mungkin menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat Biro Politik yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok dalam laporan TV3 dan Utusan Malaysia sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.

Pengerusi DAP Karpal Singh juga dilaporkan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kenyataan Nasharudin yang mendakwa peguam terkenal itu seorang yang anti Islam kerana menentang hukum hudud.

Bagaimanapun, Nasharudin yang ahli Majlis Syura PAS mempertahankan kenyataannya dan sedia berdepan Karpal di mahkamah.

Tambah Hasan, peluang untuk Nasharudin kekal dalam kepimpinan PAS agar pudar kerana parti itu tidak lagi dikuasai golongan ulama.

Beliau menegaskan keputusan PAS akan dipengaruhi oleh "parasit" yang menguasai kepimpinan tertinggi parti itu.

"Saya harap kezaliman itu biar saya sahaja, jangan kezaliman itu berlaku kepada orang lain. Saya rasa ustaz Nasharudin tidak sejalan dengan kumpulan parasit yang menguasai kepimpinan parti.

"Kalau ikut hala parasit ini, apa yang berlaku kepada saya mungkin tindakan tegas akan diambil...apa yang berlaku kepada saya akan berlaku kepada ustaz Nasharudin," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana