Nak Buktikan Apa ANWAR Sendiri Katakan Hudud belum boleh dilaksana

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP. Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana