Mufti: PAS, Umno perlu bincang selesaikan kejahilan DAP



KUALA LUMPUR: Sambil menyifatkan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh sebagai 'jahil', Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan PAS dan Umno perlu duduk bersama bagi membincangkan isu hudud yang dilihat semakin menjadi polemik ekoran kenyataan-kenyataan yang tidak tepat.
Jelas Juanda, perbincangan tersebut perlu diadakan secara terbuka selain turut disertai pakar-pakar akademik dari dalam dan luar negara.
"Saya sendiri sudah agak lama utarakan kepada sahabat-sahabat PAS dan Umno untuk bincangkan isu hudud secara terbuka dan disertai oleh semua pihak pro dan kontra, (pakar) akademik tempatan dan antarabangsa agar isu ini dapat difahami oleh semua pihak."Karpal perlukan penjelasan yang baik. Penentangan keterlaluan adalah akibat jahil.Karpal sebelum ini dilaporkan bertegas untuk menentang pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh PAS yang didakwanya sebagai 'perkara yang paling tidak dipersetujui parti'.

Karpal berkata, bantahan beliau yang mewakili DAP itu adalah berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.
Tindakan Karpal itu mendapat kritikan tokoh-tokoh agama, terbaru Mufi Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad menasihati ahli parlimen Bukit Gelugor itu agar menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.

“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana