MB Perak bawa 110 anak angkat beli baju raya

IPOH 4 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli hari ini membawa 110 anak angkat mereka membeli pakaian raya di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini hari ini.Kanak-kanak berkenaan merupakan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan atau anak yatim yang terpilih menyertai program Anak Angkat Menteri Besar yang dikendalikan Yayasan Bina Upaya (YBU).Walaupun jarang berjumpa, hubungan Zambry dengan anak-anak angkatnya kelihatan begitu akrab apabila pemimpin itu santai melayan kerenah mereka memilih baju raya sambil ditemani Saripah serta kakitangan YBU.

Riak kegembiraan pada wajah kanak-kanak terlibat lebih terserlah apabila Zambry dan Saripah turut menghulurkan elaun pelajaran serta duit raya bernilai RM150 setiap seorang.Terdahulu dalam ucapan ringkasnya, Zambry berkata, keperitan hidup anak-anak angkatnya sering membuatnya menghimbau zaman persekolahannya sebagai anak nelayan yang serba kekurangan.''Ketika itu hendak beli baju sekolah baru pun susah, warna baju yang putih menjadi kekuningan. Kadang-kadang zip seluar rosak, hanya guna pin sebagai ganti. Kehidupan masa itu memang susah.''Kalau boleh, kita tidak mahu anak-anak kita melalui kesusahan seperti itu. Sama-sama kita bantu mereka mengecapi hidup yang lebih baik," katanya.Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah YBUDR, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pegawai Kewangan YBUDR, Hairul Anwar Mohamed Noor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana