MB akui Unisel tidak mampu bayar hutang JNSB

KUALA SELANGOR 5 Ogos - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa Universiti Selangor (Unisel) menanggung hutang sejak sekian lama sehingga menjejaskan kemampuan universiti itu untuk membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian, namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.
"Kita nak jaga pelajar dan kerajaan sudah maklumkan kepada Unisel supaya menumpukan kepada operasi universiti dan jangan susahkan diri tentang bayaran itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tadarus dan Tadabbur Perdana Peringkat Selangor di sini hari ini.Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam bahawa Unisel berhutang hampir RM15 juta kepada JNSB, yang bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya di sini.
Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan oleh JNSB bagi tempoh lapan bulan. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana