'maqMufti: Transformasi k'jaan berlandaskan asid syariah' PAS Berbulu Mendengarnya


SHAH ALAM: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong kenyataan Perdana Menteri bahawa perjuangan Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul walaupun tidak menggunakan label Islam.Menurut beliau, pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan dalam mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju.

Malah katanya, usaha ini merangkumi pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi serta pentadbiran.
"Saya setuju. Saya lihat akhir-akhir ni kita tengok Bank Islam dah buat, takaful dah buat, halal-hub dah buat, (pembinaan) masjid, kita bantu semua,"Mengulas lanjut, Harussani berkata, label itu tidak memainkan peranan sebaliknya rakyat boleh melihat sendiri pelaksanaan berasaskan Islam yang dibawa oleh BN.

Tambahnya, segala tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan BN ini telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh kepada negara Islam lain walaupun tidak menggunakan label Islam sebagai teras pelaksanaan.

"Kita tengok negara Islam di seluruh dunia pun mengambil contoh di Malaysia. Itu satu pengiktirafan," ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seringkali menyebut dalam ucapannya, perjuangan BN sentiasa berpaksikan ketinggian Islam yang syumul dari segala segi.

Malah, segala transformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat berlandaskan 'maqasid syariah'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana