Majlis Syura PAS Akan Bincang Isu Nasha – Hadi


KUALA LUMPUR – PAS menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membincangkan mengenai isu melibatkan bekas timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana, Nasharuddin bukan lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik dalam parti itu. “Hari ini kita bincang tentang bidang isu-isu politik.

YB (Nasharuddin) bukan lagi AJK pusat dan biro politik. Tapi masih AJK Majlis Syura Ulama. “Jadi kita serah pada Majlis Syura untuk bincang langkah-langkah yang wajar berhubung YB Nasha,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik di ibu pejabat PAS hari Sabtu. Mengulas mengenai pertemuan Nasharuddin bersama perdana menteri dalam satu program di Mekah baru-baru ini, Abdul Hadi berkata, perkara tersebut jelas menunjukkan Umno kini kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa mengambil tokoh PAS. Katanya, pertemuan dua pemimpin itu sedikitpun tidak menjejaskan PAS. “Umno dah kekurangan tokoh agama sampai kena ambil tokoh PAS. Ini tak jejaskan PAS. Tak ada masalah,” katanya. Nasharuddin sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan supaya parti Islam itu keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud. Kenyataan Nasharuddin itu mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, antara lainnya dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia. – Malaysiakini

PRESIDEN PAS TAK BERANI KELUARKAN KENYATAAN BEB,TAKUT AHLI PAS BERPALING TADAH KEPADA UMNO.INI YANG PAS DITAKUTI NYA....BERULANG KEMBALI SEJARAHNYA....BERANI KER PAS AMBIL TINDAKAN PADA UST NASHARUDIN....1 M CONFIRM TAK BERANI PUNYA.......

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana