Majikan dinasihat periksa ijazah pekerja....
PETALING JAYA: Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang
bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki
ijazah palsu.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung, menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.
"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar
belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah
palsu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Bandar Sunway
di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamad Abdullah, berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan majikan.
"Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah syarikat Singapura. Syarikat tempatan ada berbuat demikian tetapi tidak banyak," katanya.
Katanya, majikan boleh menghubunginya di talian 04-6532193 atau menerusi e-mel di pro@usm.my untuk bertanyakan mengenai ketulenan ijazah yang dikeluarkan oleh universiti.
Mohamad berkata, proses pengesahan akan mengambil masa kurang seminggu. - BERNAMA

Comments