Lebuh raya utama negara mula sesak

KUALA LUMPUR: Beberapa lebuhraya utama negara mula mengalami trafik perlahan sejak tengah hari dan dijangka berlarutan hingga tengah malam. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, Lebuhraya Pantai Timur semakin padat dengan kenderaan menyebabkan aliran trafiknya perlahan. "Trafik perlahan dari Bentong menuju ke Plaza Tol Gombak terutama di kawasan mendaki seperti di Genting Sempah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pula berkata, antara kawasan yang trafik perlahan sejak 4 petang tadi ialah dari Simpang Empat menuju ke Seremban, Hentian Bukit Gantang ke Terowong Menora serta Plaza Tol Juru ke Bukit Tambun.

"Bagaimanapun setakat 6 petang tadi, keadaan di Plaza Tol Sungai Besi dan Jalan Duta masih lancar manakala di Plaza Tol Senawang sesak di kedua-dua arah," katanya.

Trafik di kedua-dua lebuhraya utama itu dijangka perlahan sehingga tengah malam berikutan orang ramai yang mula balik ke Kuala Lumpur selepas bercuti Aidilfitri di kampung.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di Plus menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.
-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana