Kritik Keras Dari Dr Asri ...Artis jangan lebih 'sudu dari kuah'


PETALING JAYA : Artis tempatan yang kini ghairah menceburi dunia politik harus berpada-pada dan bukannya bersikap 'lebih sudu dari kuah' dalam menyampaikan ceramah mahupun berdialog bersama rakyat, kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis yang popular dengan nama pena Dr Maza itu berkata, artis terbabit tidak harus mencanang diri sebagai tokoh agama namun boleh bercerita mengenai penghijrahan daripada zaman kegelapan ke arah menjadi umat yang lebih baik."Sesiapa jua termasuk artis ini tidak boleh...menjadi ulama atau tokoh ilmuan dalam satu hari dengan menaiki pentas agama,"Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), PAS menuar-uarkan kemasukan beberapa artis ke dalam parti itu, langkah yang dilihat seiring dengan hasrat parti itu untuk menarik undi generasi muda.

 Antara barisan artis dalam PAS adalah penyanyi Aishah, Abby Abadi, Bob Lokman, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman dan pelakon wanita, pengacara dan juga model, Haryati Hamzah atau Yatt Hamzah.

Artis-artis popular dalam Umno termasuk Amy Search, Ibnu Reza, Radhi OAG, Mus May serta Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki.

Mohd Asri menegaskan beliau menggalakkan penghijrahan artis-artis ini ke arena politik kepartian namun berharap pendekatan yang di ambil dalam menggunakan wadah itu berpadanan dengan bidang yang diketahui.Mengenai hala tujunya sendiri, Mohd Asri menegaskan beliau adalah pendakwah bebas dan menerima jemputan dari semua pihak termasuk Umno dan parti komponen Pakatan Rakyat."Kerja saya ialah menyampaikan pandangan, saya bukan mahu menyenangkan hati Umno atau PAS.

"Saya hormat Khairy kerana beliau ada idea, beliau kawan dan sahabat saya," katanya sebagai mengulas kehadiran beliau dalam majlis anjuran Ketua Pemuda Umno itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana