Kontrak duta tudung....siapa yang kelentong?

Seronok ye Abby Abadi...pijak kaki sekejap dalam Parti Islam SeMalaysia sudah boleh jadi 'lambang kesucian Islam'. Bagi yang taksub dengan pembawaan parti itu keadaannya menyebabkan apa saja yang melibatkan artis yang baru ' berhijrah' itu tiba-tiba begitu Islamik sekali.Ini melihat pada ramainya yang berentap sakan dalam laman facebook syarikat tudung, Al-Humaira' Contemporary (AHC) berhubung isu kontraknya sebagai duta produk dengan syarikat berkenaan.
Keadaan sama di pelbagai laman blog, twitter dan facebook.Isu telah menjadi begitu panas sejak Abby canang menerusi twitternya mendakwa kontrak ditamatkan hingga Al-Humaira terpaksa keluarkan dua kenyataan setakat ini untuk menjelaskan.
Rasanya persepi yang cuba dimainkan ialah bekas isteri Norman Hakim itu kena tindas dan dianiya kerana masuk PAS....dan ini kerja busuk UMNO.
Namun kalau membaca dari ayat-ayat pada kenyataan Al-Humaira tanda tanya timbul apakah apakah tindak tanduk Abby itu Islamik dalam kontek satu perjanjian kontrak.
Lebih menarik kata Al-Humaira kontrak antaranya dengan Abby belum ditamatkan secara rasmi.
Baginya Abby yang buat andaian sendiri kontrak itu ditamatkan.
"Artis tersebut yang membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu utk commit dgn tugasan bersama AHC," katanya.
Syarikat itu nyata sedih dengan salah anggapan yang timbul dari isu kontrak dengan Abby.
"Apa yg boleh kami katakan buat masa sekarang, kami amat sedih dengan apa yg berlaku dan terkilan kerana dituduh pelbagai pihak dgn kata2 kesat, cacian dan ugutan yang langsung tak menggambarkan keindahan Islam yg mereka perjuangkan" kata syarikat itu dalam kenyataan awalnya bila isu itu berbangkit.
"Amat tidak adil untuk kami kerana mereka langsung tidak tahu pokok pangkal dan sebab musabab kenapa kami mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak artis tersebut..." katanya lagi.
Soalnya apakah yang kaki bising itu sendiri selidik latar belakang cerita sebenar isu kontrak antara Abby dan Al -Humaira ini.
Kalau Abby sendiri sudah main hentam keromo ..apa lagi orang yang tidak tahu menahu kisah benar.
Hakikat di depan mata ialah perjanjian kontrak sebagai duta produk ini adalah satu perjanjian perniagaan antara artis dengan syarikat dan tidak melibatkan kerajaan atau mana-mana pihak lain.
Ramai artis dilantik menjadi duta produk.Abby bukan satu-satunya.
Dalam mana-mana kontrak atau perjanjian...kedua-dua pihak mesti hormati apa yang telah dipersetujui.
Dari kenyataan Al Humaira nampaknya Abby yang tidak berpegang kepada janji.
Kalau nak bercakap bab Islam ....apakah Islam membenarkan umatnya mungkir janji?
Atau kerana semata-mata dah masuk PAS, Abby sudah ada 'kekebalan' boleh langgar janji.
Janji tetap janji.
Inilah yang kadang-kadang susahnya nak bercakap dengan puak-puak yang merasa diri mereka lebih Islam dari segala makhluk lain dalam dunia ini.
Bagi mereka apa saja orang lain buat semua tidak Islamik....dan mereka sekalipun temberang mungkir janji NO PROBLEM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana