KL "bernyawa" dengan pelancong, pekerja asing

KUALA LUMPUR — Walaupun warga tempatan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota bagi meraikan Aidilfitri namun beberapa kawasan di ibu negara masih dibanjiri dengan pelancong dan rakyat tempatan yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah dan meluang masa bersama keluarga dan kenalan.Tinjauan mendapati pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menjadi tumpuan warga tempatan, pelancong serta pekerja asing.

Seorang pelancong dari Kuwait, Ahmad Yassir, 35, ketika ditemui berkata, sambutan Aidilfitri di Malaysia adalah unik sekali kerana rakyat pelbagai bangsa dan agama turut menyambut perayaan itu secara bersama."Malaysia adalah negara yang indah dan aman dan orang di sini mesra dan kami suka datang ke sini untuk menjamu pelbagai jenis makanan dan membeli-belah.
"Kami gembira untuk datang ke sini pada musim perayaan Aidilfitri kerana 1 Syawal disambut dengan meriah sekali di sini,” katanya.— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana