Kes fitnah: Anuar Shaari minta Puravalen beri penjelasan....

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Berikut kenyataan penuh bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berhubung pendedahan pengendali portal malaysia-today.net yang mendakwa beberapa pemimpin pembangkang merancang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibu:



1. Kita meminta M. Puravalen (peguam Razak Baginda) untuk memberi penjelasan bagaimana dan dari siapa beliau mendapat maklumat awal bahawa Razak Baginda akan ditangkap oleh polis bagi kes Altantuya. Setahu kita maklumat tentang sebarang penangkapan adalah rahsia pihak polis dan orang awam tidak akan diberitahu lebih awal.

2. Apakah orang yang memberi maklumat awal ini juga yang mengatur agar Puravalen menawarkan diri untuk menjadi peguam kepada Razak Baginda.

3. Ekoran pendedahan oleh Raja Petra mengenai komplot fitnah Perdana Menteri, ini membuatkan masyarakat umum tertanya-tanya bagaimana Puravalen boleh memberitahu Razak Baginda bahawa polis akan menangkap dan menuduh Razak membunuh Altantuya. Kita mahu Puravalen mendedahkan siapa yang memberitahu beliau maklumat yang sepatutnya menjadi rahsia polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana