Kecaman Ke Atas Nasharuddin Hanyalah Pembuka Tirai Kearah Menguggurkannya Sebagai Calon

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi Isnin. Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

PAS sudah mula buat perangai untuk Nasharuddin supaya disingkir daripada PAS...dengan cara pelbagai lontaran dari blog pembangkang sehingga pemimpin tertinggi PAS membuat kenyataan tentang Nasharuddin bersama Perdana Menteri.semuanya kini menjurus ke arah 'kempen' untuk menyingkirkan terus bekas Timbalan Presiden mereka, Nasharuddin Mat Isa daripada parti itu.Nik Aziz pada hari yang sama memberi kenyataan bernada sindiran yang amat tajam; "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS pun boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,"

 Mungkin sudah tiba masanya Nasharuddin melupakan politik PAS untuk selama-lamanya dan menumpukan perhatian kepada amal jariah dan juga yayasan yang baru dibentuknya itu.
Tiada langsung tanda hormat apatah lagi mengenang jasanya yang banyak dalam PAS. Dosanya pada PAS tidak ada pun.Beliau hanya cenderung kepada perpaduan ummah. Malangnya usaha dan kecenderungannya itu dianggap sebagai satu dosa dalam PAS termasuklah duduk sekhemah bersama perdana menteri Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana