Jari kanak-kanak putus tersepit eskalator....Di Penang

PULAU PINANG 18 Ogos - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, seorang kanak-kanak di sini ditimpa malang apabila satu jarinya putus manakala dua lagi patah akibat tersepit eskalator.Kejadian kira-kira pukul 9.15 malam di sebuah pusat beli-belah itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut bersama keluarganya mahu menuruni eskalator dari tingkat tiga.

Mangsa, Al-Aqif Zulkifli, 18 bulan, dipercayai hilang imbangan badan lalu terjatuh menyebabkan jari telunjuk, jari hantu dan jari kelingkingnya tersepit pada celah tangga eskalator.Bapa mangsa, Zulkifli Osman, 52, berkata, mereka sekeluarga panik apabila melihat Al-Aqif terjatuh dan meraung kesakitan."Saya dan isteri terus meluru untuk menyelamatkannya,'' katanya di sini hari ini.
Keadaan terkawal apabila orang ramai yang berada berhampiran segera menutup suis eskalator.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana