Janji Bersih:A Samad Said...siapa nak kelentong siapa ni?

Datuk A Samad Said mungkin merasa beliau kini menjadi ikon satu perjuangan.Sebagai Sasterawan Negara beliau boleh dikira pakar dalam mengolah ayat-ayat indah.Namun semua orang tahu adakalanya karya sastera tidak semestinya berpijak kepada realiti.
Seronok juga mendengar kata-kata Samad himpunan itu bukan bermotif politik sebaliknya simbolik dalam usaha mereka nak tuntut pilihanraya bersih dan adil.

Jumaat sekali lagi penganjur tampil membuat kenyataan dakwa himpunan itu bukan anjuran Bersih.
Katanya himpunan itu dipelopori oleh 49 NGO.Siapa nak kelentong siapa ni?Kalau tengok satu persatu NGO itu dan muka-muka yang hadir semasa sidang akhbar Samad baru-baru ini umum penganjuran himpunan itu, kebanyakan adalah aktivis yang terlibat dalam himpunan Bersih.Dalam bahasa mudah yang tidak bersastera ia tidak ubah macam 'salin kulit' saja.Nama saja berubah tetapi isinya tetap sama.Apa ayat Samad nak guna sekalipun,ramai yang membuat andaian ia tidak dapat selindung hakikat beliau kini hanya 'front men'.Maksudsnya Datuk S .Ambiga duduk di belakang,beliau yang jual muka di depan.

Kalau betul NGO-NGO yang terlibat tidak bersikap memihak kenapa 'Janji Bersih' hanya berani membuat tuntutan pada kerajaan saja.Apakah Samad & geng tidak ada keberanian hendak memastikan pakatan pembangkang juga 'bersih segalanya'.Kini menjelang PRU13 segala macam janji ditabur lagi.
Kalau mereka benar pejuang rakyat,Samad dan NGO-NGO yang konon begitu perihatin pada nasib rakyat jelata patut sekali membuat tuntutan agar pakatan pembangkang menepati segala janji mereka.
Kalau begitu halnya baru orang boleh tabik.Jadi Samad tidak perlu merasa kecil hati kalau orang kata itu 'wayang' sajalah cakap kononnya himpunan 'Janji Bersih' tidak ada motif politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana