Hudud: Nasa konsisten gesa PAS kaji kedudukan...Inilah Pemimpin PAS yang Terbaik dan Yang dibenci oleh DAP dan Anti Perpaduan


SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang menggesa parti itu mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud.Beliau selain itu dilihat terus mempertahankan pendiriannya dengan merujuk kepada beberapa kenyataannya ketika di Mekah al-Mukaramah.

"Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam."Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktikan ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum sebelum ia boleh dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam," katanya.

Kata Nasharudin lagi, Pengerusi DAP itu turut pernah beberapa kali mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk mempertahankan pendiriannya.Justeru kata Nasharudin tindakan Karpal itu membuatkan beliau juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk pertahankan agama Islam."Dan terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkapkan oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya," katanya.

Nasharudin selain itu berkata PAS harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada PAS adalah perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap PAS terhadap Karpal.

"Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh PAS turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam."Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi PAS kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin PAS mungkin sudah faham, ahli PAS mungkin juga sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. PAS tidak akan menang dengan hanya undi daripada ahlinya sahaja," katanya.

Kontroversi Nasharudin berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mekah bersama orang ulama di sana kelmarin telah disalahertikan oleh beberapa pemimpin PAS sehinggakan ada yang menggesanya meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun Nasharudin menyifatkan gesaan tersebut sebagai andaian, tuduhan dan suu' dzan (bersangka buruk) terhadap pertemuannya dengan Perdana Menteri dan beberapa pemimpin ulama di sana."Nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristighfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini.

"Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Bebaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana